Tuesday, August 26, 2008

Solat Hajat YM Tuan Guru

Assalamualaikum

Untuk Makluman semua, pada hari Khamis, 28 Ogos jam 11 Malam bertempat di rumah persatuan akan di adakan Solat Hajat utk YM Tuan Guru.

Semua di jemput hadir.

Tuesday, August 19, 2008

Sape nak pecah rekod Malaysia, meh join DEMO nie

Assalamualaikum sahabat handaiku yang budiman..

Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia (PSSCUHM) sedang mencari 10 000 org ahli untuk sama-sama berkumpul membuat satu demo tergempak yang akan memecahkan Malaysia Book of Records. Setiap pendemo akan diberikan sijil penyertaan.
Jadi di sini saya ingin meminta agar semua ahli tidak kira baru, lama atau yang dah lama tak turun untuk sama-sama memberi sokongan kepada program ini dengan menyertai demo tergempak tersebut.
Demo nie tak tau lagi bile tp yang pasti, latihan demo tersebut akan dibuat semasa kelas silat dan akan diajar oleh abang2 dan akak2 jurulatih. Jadi anda perlu untuk turun setiap sesi kelas silat yang ada bg tak ketinggalan gerakan2 yang akan dibuat semasa demo.
Jadi apa tunggu lagi??..ini lah masanya anda boleh menyumbang sesuatu kepada persatuan. Kepada ahli yang dah lama beku, anda amat dialu-alukan untuk turun kembali berlatih bersama-sama. Diharap perkara ini dapat disebarkan kepada semua ahli PSSCUHMMU Cyberjaya dan kami juga berharap agar SEMUA ahli yang pernah berdaftar sebagai ahli PSSCUHMMU Cyberjaya untuk menyertai program ini.


Majulah Silat Cekak untuk semua.


Yang Benar,

Mohd Ezwan bin Arshad
nawez108@yahoo. com
013-6726332
Setiausaha
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH)
Multimedia Universiti Cyberjaya

Sunday, August 17, 2008

Kelas Ummum

Assalamualaikum,

Berhubung dengan perkara diatas, InsyaAllah pada bulan Ogos ini bermula pada kelas silat hari Rabu 20 Ogos 2008, kita akan start untuk memulakan Kelas Umum iaitu peringkat untuk sahabat-sahabat tamat sahaja.

Ini adalah untuk persiapan menghadapai Sijil Rendah Persilatan (SRP) yg bakal diadakan tidak lama lagi. Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian. Saya menyeru semua sahabat-sahabat tamat yg sudah lama tamat, ataupun yg baru, untuk sama-sana turut serta dalam kelas ummum ini.

Kepada para Alumni, diharap anda semua juga sudi meluangkn masa.

Sekian, terima kasih.

'Segerak Senafas Seudara''

sHe-d
~ Tenaga Pengajar ~
Tel: 013-7771354
^ Start SMALL, Finish BIG! ^

Thursday, August 14, 2008

majlis perkahwinan Basya & Sobrina

Assalamualaikum,

Sehubungan dgn perkara diatas, majlis perkahwinan Basya & Sobrina akan diadakan spt berikut:

Tarikh: 16 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat: Dewan Majlis Perbandaraan Nilai, Negeri Sembilan
Masa: 12 tghari - 4 ptg

Ketibaan pengantin adalah pada pukul 1 tghari, jadi jika sesiapa yg ingin berkonvoi, bolehlah kita sama2 kumpul di HB3, Kampus MMU Cyberjaya pada pukul 11.30 pagi.

Sesiapa yg ingin konvoi sekali atau ada sebarang persoalan, bolehlah kiranya memberitahu/ SMS kepada saya Syahide (013-7771354) ataupun saudara Faizal (013-5254025) . Bagi student boleh coordinate dgn saudara Ezwan (013-6726332)

Jum sama-sama kita hadiri dan hidupkan suasana jika ada kelapangan kerana perkahwinan itu sendiri adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Insya-Allah

sHe-d
~ Max|m|z3 YoUR L|if3 ~
Tel: 013-7771354
^ Start SMALL, Finish BIG! ^

Barisan Hicom yang baru


Assalamualaikum kengkawanku sekalian..
Pada 14 Ogos yang lepas, pihak persatuan telah mengadakan AGM bagi melantik barisan jawatan kuasa yang baru iaitu bg sesi 2008/2009..mesti korang tak sabar nak tau sape Hicom yang baru tersebut..jadi di sini saya senaraikan secara ringkas nama-nama mereka:
Yang Di-Pertua : Wadi
NYDP 1 : Azhar
NYDP 2 : Fiena
Setiausaha : Ezwan
Bendahari : Amni
Perhubungan n Seranta : Taufik
Biro demo n Persilatan: Sahli
Biro Sukan n Rekreasi : Rais
Biro Kewangan n Ekonomi: Haida
Biro Pameran n Dokumentasi : Farhan (mmbr asas)
Biro Teknologi Maklumat : Larn Rock
Biro Audio Visual : Faiz Kecik
Biro Publisiti n Pemasaran : Haishar
Biro Srikandi : Nazirah (mmbr asas)
Biro Pendidikan : Ain Isa
Biro Sumber Manusia : Mimi
Biro Keagamaan n Sosial : Joka @ Hamdan
So kat sini, sesape yg mempunyai masalah or tak jelas berkenaan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan maka anda bolelah berhubung dengan mana2 individu di atas. Sekian dulu buat masa ini..maklumat lanjut berkenaan hicom2 ini, akan diupload di kemudian hari..diharap ahli2 dapat mengenali individu2 yang saya nyatakan di atas...saya pun ade upload gamba barisan hicom 08/09 ni..so selamat berkenalan..
sekian..








AGM Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya bagi sesi 2008/2009

Assalamualaikum,

Perhatian kepada semua ahli PSSCUHMMU

AGM Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya bagi sesi 2008/2009 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 14 Ogos 2008
Hari : Khamis
Tempat : XR1004
Masa : 9 malam

Semua ahli dijemput hadir. Kehadiran sahabat ALUMNI amatlah dialu-alukan

Sekian terima kasih

Wednesday, August 13, 2008

logo alumni baru


Assalamualaikum
Logo alumni yang di reka oleh Melal Hayati.. Sila beri komen bernas.. thanks

Tuesday, August 12, 2008

Masih dalam pembinaaan

Assalamualaikum

kepada pereka grafik.. aku perlukan banner saiz 780x180.. aku tade masa nak buat.. bleh tak korang buat.. upkan kat mana2x web.. bgi link je kat aku ye..

thanks

ada elemen mmu sikit dah persilatan

FUTSAL FUTSAL

assallamualaikum,

Pihak Ibu pejabat silat cekak hanafi, akan mengadakan permainan futsal pada 14.08.08 (khamis) pada pukul 11pm-1am (court 1) di Ampang Sport Planet.Kehadiran Tuan2 amatlah diharapkan. Terima kasih

Logo alumni


logo alumni.. sila veri komen bernas anda dlm ruangan komen di bawah

Majlis Tahlil Arwah Ustaz Hanafi 13 Ogos 2008

Assalamualaikum,

Seperti tajuk diatas, pada hari Rabu ini 13 Ogos 2008 akan diadakan satu majlis tahlil untuk almarhum ustaz hanafi, di rumah persatuan keramat pada pukul 830 malam.

Sila hubungi saudara Aswad (NYDP1 = 012-349 2177 ) untuk keterangan lanjut.

Kehadiran dari para ALUMNI amatlah dialu-alukan.

Sekian terima kasih


sHe-d
~ Setiausaha ALUMNI ~
Tel: 013-7771354
^ Start SMALL, Finish BIG! ^