Tuesday, August 19, 2008

Sape nak pecah rekod Malaysia, meh join DEMO nie

Assalamualaikum sahabat handaiku yang budiman..

Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia (PSSCUHM) sedang mencari 10 000 org ahli untuk sama-sama berkumpul membuat satu demo tergempak yang akan memecahkan Malaysia Book of Records. Setiap pendemo akan diberikan sijil penyertaan.
Jadi di sini saya ingin meminta agar semua ahli tidak kira baru, lama atau yang dah lama tak turun untuk sama-sama memberi sokongan kepada program ini dengan menyertai demo tergempak tersebut.
Demo nie tak tau lagi bile tp yang pasti, latihan demo tersebut akan dibuat semasa kelas silat dan akan diajar oleh abang2 dan akak2 jurulatih. Jadi anda perlu untuk turun setiap sesi kelas silat yang ada bg tak ketinggalan gerakan2 yang akan dibuat semasa demo.
Jadi apa tunggu lagi??..ini lah masanya anda boleh menyumbang sesuatu kepada persatuan. Kepada ahli yang dah lama beku, anda amat dialu-alukan untuk turun kembali berlatih bersama-sama. Diharap perkara ini dapat disebarkan kepada semua ahli PSSCUHMMU Cyberjaya dan kami juga berharap agar SEMUA ahli yang pernah berdaftar sebagai ahli PSSCUHMMU Cyberjaya untuk menyertai program ini.


Majulah Silat Cekak untuk semua.


Yang Benar,

Mohd Ezwan bin Arshad
nawez108@yahoo. com
013-6726332
Setiausaha
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH)
Multimedia Universiti Cyberjaya

No comments: